tag:blogger.com,1999:blog-6557073972289874742.post7132429313572057594..comments2021-10-24T09:14:32.982+08:00Comments on DARE TO CHANGE!: ERNST & YOUNG ENTREPRENEUR OF THE YEAR AWARD 2011Mukhriz Mahathirhttp://www.blogger.com/profile/11157294239002331842noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-6557073972289874742.post-72622406166267195612011-05-30T14:54:06.677+08:002011-05-30T14:54:06.677+08:00Untuk memajukan golongan belia, saya mencadangkan ...Untuk memajukan golongan belia, saya mencadangkan supaya belia-belia dipupuk semangat kerjasama dan setiakawan. Melihat peranan belia terutama belia bumiputera dalam perniagaan adalah kurang memberangsangkan, saya mencadangkan supaya belia bumiputera dipupuk dalam bidang perniagaan. Dalam UMNO sendiri ada biro untuk pembangunan ekonomi belia ini. Melalui biro ini, saya mencadangkan supaya di kawasan bandar-bandar dan kampung-kampung diwujudkan konsep belianiaga di mana kerajaan membantu memberikan latihan kepada belia dalam bidang-bidang tertentu sebagaimana sekarang ini, di samping itu membantu belia mendapatkan tapak perniagaan. Di sini saya lihat peranan majlis daerah, majlis perbandaran dan dewan bandaraya untuk menyediakan kedai-kedai bagi belia-belia ini menceburi bidang perniagaan. dewan bandaraya, majlis perbandaran atau majlis daerah boleh membina kedai untuk disewakan kepada belia mengikut bidang perniagaan. Misalnya satu baris bagunan perniagaan untuk perniagaan automotif/baik pulih kenderaan di mana dalam sebaris bagunan kedai itu ada kedai baiki motosikal/basikal dan kenderaan lain meliputi semua keperluan baikpulih kenderaan seperti kedai tayar, baik pulih hawadingin, baik pulih enjin, dan lain-lain lagi yang berkaitan. Kerajaan punya keupayaan untuk melaksanakan perkara ini, saya pula hanya mencadangkan saja untuk kepentingan belia negara ini kerana saya sungguh sedih melihat belia yang terlibat dengan gejala penagihan dadah, mat rempit, menjadi penjahat dan lain-lain perkara negatif, majoritinya orang bumiputera. Saya melihat ada satu rangkaian perniagaan burger, OTAI atau Organisasi Tempat Ambil Ilmu kalau tidak silap saya telah membantu belia-belia menjalankan perniagaan burger dengan bantuan sokongan seliaan dan lain-lain hinggakan mereka boleh berjaya. Kerajaan pun boleh menjalankan usaha sedemikian untuk membantu belia, banyak bidang yang boleh dibangunkan seperti automotif, makanan, perabot dan lain-lain. Ini kerana sekiranya belia diberikan sokongan yang jitu oleh pihak kerajaan, maka saya percaya mereka boleh berjaya. Oleh yang demikian, saya memohon supaya kerajaan berbuat sesuatu dan mempertimbangkan cadangan saya ini untuk kepentingan belia dan negara keseluruhannya. Saya boleh dihubungi di alamat e-mel: Encik_Mohamad@yahoo.com.my sekiranya Y.B. Datuk hendak mendapatkan pandangan dan cadangan dari saya. Saya tahu cadangan dari saya tidak sempurna, tapi boleh diperbaiki untuk menjadi sesuatu yang berharga untuk negara ini.

Sekian, terima kasih.

Encik Mohamad.Anonymousnoreply@blogger.com