16hb Disember 2008
Saya ingin menyokong saranan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Johor, Khalid Mohamad yang juga Ketua Pemuda UMNO Johor Bahru yang mahukan supaya pembinaan jambatan baru bagi menggantikan Tambak Johor dihidupkan semula setelah dibatalkan oleh Kerajaan pada tahun 2006.
Dengan berpindahnya fungsi Jabatan-jabatan Kastam, Imigresen dan Kuarantin dari Tambak Johor ke Bangunan Sultan Iskandar pada 2 Dis yang lepas, kemungkinan besar akan berlaku kesesakan jalanraya disekitar bandar Johor Bahru kerana Tambak Johor yang dibina pada 1923 tidak akan mampu menampung trafik yang melalui bangunan CIQ ini.
Olehitu, menyetujui akan cadangan tersebut, saya juga ingin merayu kepada Kerajaan Pusat untuk pertimbangkan permohonan Pemuda UMNO Johor itu yang saya percaya memang mencerminkan aspirasi rakyat Johor dan menarikbalik pembatalan pembinaan jambatan baru bagi mengganti Tambak Johor. Ini perlu dilakukan pada kadar yang segera supaya masalah kesesakan trafik di Johor Baru dapat ditangani sebelum ia menimbulkan masalah-masalah sampingan yang lain seperti merencatkan pertumbuhan ekonomi negeri dan negara. Seperti yang telah dihasratkan oleh Kerajaan sebelum keputusan pembatalan dibuat, pembinaan jambatan baru ini diperlukan bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi negara dalam masa ekonomi dunia semakin gawat, lebih lebih lagi bagi menepati matlamat penubuhan Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Singapura-Malaysia. Selain itu, pembukaan perairan Selat Tebrau akan memulihkan pergerakan kapal-kapal kontena antara Selat Melaka dan Laut China Selatan dimana Pelabuhan Pasir Gudang dan Gelang Patah terletak. Ini juga akan memperkuatkan kedaulatan perairan negara yang mana bermacam-macam tuntutan dibuat oleh negara-negara jiran kebelakangan ini.
Ikhlas,
Mukhriz Mahathir.
15 comments:
ASSALAMUALAIKUM W.B.T ///
HIDUP DATO MUKHRIZ
CALON KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA
NO.01
Jambatan bengkok HARUS dihidup dan diteruskan semula.
Tiada perbincangan dan mempolitikkan isu tersebut kerana kita telah kehilangan banyak peluang pembangunan ekonomi semenjak projek ini dibatalkan oleh Perdana Menteri "flip flop".
Infrastruktur seperti jambatan "bengkok" dan rel berkembar utara selatan amat penting didalam pertumbuhan ekonomi Malaysia jika kita mahu bersaing dengan negara jiran.
Sebuah lagi projek yang harus dipertimbangkan ialah membina "terusan" di sempadan Malaysia Thailand untuk kapal-kapal kargo / kontena memintas dari laut china selatan / teluk Thailand ke laut andaman / selat Melaka.
Projek sedemikian mampu menjana pendapatan untuk koridor utara yang mana mampu meningkatkan taraf ekonomi rakyat malaysia yang tinggal dikawasan ini. Ia juga mampu mengurangkan "cengkaman" Singapura di dalam laluan perkapalan di perairan selat Melaka.
Jangan kita sentiasa memikirkan untuk menjaga "hati" negara jiran tetapi dengan sendiri merompak hak rakyat sendiri.
Didalam situasi politik sekarang, perjuangan dan agenda asal UMNO telah dilupai. Kini UMNO dibelenggu dengan sikap pemimpin yang hanya mahu menjaga poket dan gila kuasa.
Sekiranya ini berterusan, apakah akan terjadi pada anak bangsa kita di masa hadapan? Siapakah akan membela nasib mereka?
Saya amat berharap YB Dato' dapat membawa perubahan kepada parti UMNO.
Saya selaku ahli biasa sentiasa menyokong perjuangan Dato'
Ikhlas,
Rahmat Azim Abdul Aziz @ Aku Pening
http://akupening.fawked.net/
Salam sahabat ana dato mukhriz! Suara generasi akarumbi menyokong penuh dato' sebagai ketua pemuda umno yang baru. "berani berubah", Asri, Baling "http://cedikcenun.blogspot.com" dan "http://anakpakcu.blogspot.com"
Salam Datuk,
Hari ini 23 Mac 2009. Hari semakin hampir utk memilih Ketua Pemuda UMNO yang baru. Saya merupakan Pemuda UMNO dan AJK Pemuda Bahagian sudah tentu mengharapkan kemenangan YB Datuk.
Saya doakan kemenangan YB Datuk kelak.
Salam Transformasi....
http://warisantamar.blogspot.com
Salam Datuk...~
Baru jek lepas melihat keputusan kepimpinan ketiga2 sayap Parti dikaca televisyen sebentar tadi...~
Mengenai jawatan Ketua Pemuda, Apa yang saya nak kata... Memang sukar untuk keputusan tersebut diterima ahli2 akar umbi seperti kami dan sebahagian besar rakyat...~
Tapi itulah kenyataannya... Wang dan agenda peribadi menjadi keutamaan perwakilan...~
Walauapapun yang terjadi UMNO tetap harus berubah... UMNO perlukan bukan sahaja Presiden & Timbalan Presiden yang bersih... Tetapi juga Ketua Pemudanya pun harus menunjukkan contoh yang baik... Terutama sekali untuk memenangi hati golongan muda diwaktu PRU ke-13 nanti...~
Mengenai usaha2 Datuk untuk meneruskan semula pembinaan Jambatan Indah... Memang rata2nya kami akar umbi serta rakyat Malaysia menyokong sungguh2 cadangan tersebut...~
Dan juga saya amat berharap jika kita dapat menebus kembali saham 5% syarikat Proton Holdings Berhad dan Telekom Malaysia Berhad yang dijual ke singapura beberapa tahun lepas...~
Ini adalah kerana aset2 tersebut adalah penting untuk pembangunan Bangsa dan Negara serta pentingnya juga syarikat telekomunikasi tersebut untuk keselamatan Negara...~
HORAS!...~
salam dato,
that is probably a good idea since the project was abandoned (or should i say terminated )previously..but we are dealing with a much bigger problem with the economic crisis and the recession..do hope that our government will prioritize what is more important for the public..what is the purpose of being the government then?
i do hope that the one who practices corruption won't be elected in the new cabinet..good luck to you dato'..really inspired with the new motto "berani berubah"
tahniah diatas pelantikan sebagai timbalan menteri...saya menyokong anda.
Isu utama yang perlu ditangani UMNO dlm memastikan tidak tewas dlm PRU13.
1. Isu moral PM baru dijawab "SEJELAS-JELAS"nya. Ingat rakyat akan memilih parti berdasarkan keperibadian dan "bersihnya" pemimpin NO.1 nya.
2. Orang Melayu kini akan memilih parti yang lebih suka "MENGHAYATI" Islam. UMNO amat-amat KURANG ciri-ciri itu !!!
3. Orang Cina dan India merasakan mereka akan rugi jika terus bersama MIC, Gerakan dan MCA. Kita kena yakinkan semula mereka bahawa DAP & PKR adalah pilihan silap..
Jangan berpura-pura,,, jika betul-betul sayang UMNO …… dan jika tiga isu ini tak dapat ditangani, percayalah UMNO ada 3 tahun lagi menjadi kerajaan....
Aku amat sayangkan UMNO... Tolong ambil tindakan segera.
Tahniah dari orang Jerlun.
A'kum Dato' Tahniah diatas perlantikan sebagai Timbalan Menteri MITI.Saya sebelum ini berdiam diri dalam perjuangan UMNO sebagai tanda protes bersama-sama Ayahanda Tun. Di sini ingin saya jelaskan dan memohon agar YB Dato' dapat mengembalikan UMNO ke landasan yg sebenar.Saya berasal dari kelantan begitu sedih sebelum ini kerana segala perancangan Ayahanda Tun banyak diadu domba oleh pihak yg tidak bertanggung jawab.YB Dato',disini saya ingin memberi pandangan peribadi bagaimana kita ingin mengembalikan kepercayaan rakyat terutama orang melayu kepada umno.
1)UMNO dahulunya mempunyai ulama-ulama yg professional bersama-sama berjuang dimana pihak PAS tidak boleh mendabik dada bahawa merekalah pejuang Islam di Malaysia.Oleh itu tibalah masanya UMNO mengambil balik semula ulama-ulama professional dan guru-guru pondok berjuang semula untuk memperkukuhkan perjuangan UMNO.Tindakan drastik yg perlu diambil ialah membantu golongan ulama ini dengan memberi bantuan yang sewajarnya terutamanya memodenkan institusi sekolah pondok dan juga pemberian elaun-elaun kepada mereka.
2)Bagi golongan pesara tentera dan polis wujudkan satu badan yang menjaga kebajikan mereka selepas bersara.Pastikan rancangan dan perlaksanaan secara menyeluruh dan berkesan kerana golongan ini memainkan peranan yang penting terhadap perjuangan UMNO.UMNO perlu melihat perkara ini kerana apa yang dilihat sekarang ini kebanyakan mereka menyokong pembangkang kerana timbulnya rasa tidak puas hati dengan apa yang UMNO lakukan sebelum ini seolah-olah jasa mereka tidak dikenang.
3) UMNO peringkat akar umbi perlu diperbetulkan. Hakikatnya mak & ayah saya sendiri adalah pejuang UMNO sejati. Apa yang berlaku ialah selepas kematian ayahanda saya,UMNO cawangan saya seolah-olah mati kesan daripada pertandingan sesama sendiribaru-baru ini.Saya merasa amat malu keranaPAS melalui cawangannya menyumbang bantuan kebajikan kepada keluarga saya sebanyak RM130.00 sebulan sedangkan pihak PAS mengetahui keluarga saya adalah merupakan pengasas UMNO di kawasan tersebut.Bantuan itu tidaklah sebesar mana tapi ianya menunjukkan keprihatinan mereka dimanakah halatuju perjuangan UMNO yang sebelum ini membela nasib rakyat.Mempunyai dana kebajikan yang banyak tetapi tidak disalurkan berbanding dengan PAS yang tidak seberapa dananya. Mohon pihak YB Dato' meneliti perkara ini kerana jika keluarga saya yang sememangnya menyokong UMNO mampu dibantu oleh PAS apatah ahli-ahli UMNO atau rakyat yang lain.Untuk makluman YB Dato',PAS sebenarnya tidak kuat tetapi mereka mampu melihat perkara sebagai satu daripada agenda merperluaskan lagi sokongan rakyat kepada mereka.Akhir kata saya mohon pihak YB Dato' yang terkenal dengan keperibadian yang berhemah dan bijaksana, perbetulkanlah UMNO Kelantan daripada akar umbi pemuda (Dato' sedia maklum) dan cawangan UMNO di Kelantan.Kita masih mempunyai masa lagi untuk memperbetulkan keadaan ini dan asas perjuangan UMNO sebagai parti yang membela rakyat terutama orang-orang susah.Terima kasih kepada Ayahanda Tun kerana beliau membuka minda saya agar terus berjuang untuk UMNO dan bangsa. Dari seorang pemuda kampung yang tidak arif tentang dunia tetapi Ayahanda Tun telah merubah pemikiran saya menjadi seorang manusia yang berani menyahut segala cabaran.Tahniah sekali lagi atas perlantikan YB Dato'. Moga dimakbulkan Tuhan satu masa nanti saya ingin merakamkan perhargaan ini secara peribadi kepada Ayahanda Tun dan YB Dato'.Daripada Idola Tun -Hisham
Salam wbt.
Alhamdulillah, byk yg kami pelajari dari blog ini.
We would like to share with those who's knowledge seeker to visit www.infomajlisilmu.blogspot.com
Jazakallahu Khair.
yup.
teruskan pembinaan jambatan tuh.
disokong sepenuhnya.
" Proton Should Name A Car After Tun M".
Tun M has done a lot for us and our country,As the father of Modernisation, Tun M is most esteemed" engineer" and "architect" who put Msia on The Map. We should not repeat the mistake with Tan Sri P.Ramlee, That is honouring him with Tan Sri only after 17years after of his passin...g.
It's Now Is the Time For Us To Take Our Hats Off To Honour Tun M..
One Of our Country Great Leaders
Yours truly
Arman Azha Hj Abu Hanifah
K.Penerangan Pemuda PJU
betul tu... kalau jadilah jambatan baru tu nanti. Danga Bay pasti membangun..
dato saya amtlah tidak paham, kenapa dato boleh mengeluarkan statement seperti dalam malaysian insider, RPK hanya tahu 40% kebenaran, pada saat ini saya rasa dato mesti mengerti komen-komen yang tidak membina ini tidak cukup untuk menjawab persoalan orang ramai,harap dapatlah sekiranya dato menjelaskan dengan maksud dato 40% ini, sesungguhnya komen dato hanya menimbulkan perlbagai persoalan dari menjawab. sekadar buah pikiran dari penyokong dato
Post a Comment