TEKS UCAPAN
YB DATO’ MUKHRIZ MAHATHIR
TIMBALAN MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
MAJLIS PENUTUPAN BENGKEL
TRANSFORMASI EKONOMI BUMIPUTERA
27 NOVEMBER 2010 (SABTU)
MATRADE EXHIBITION AND CONVENTION CENTRE (MECC)
KUALA LUMPUR
ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM 1MALAYSIA.
YANG BERHORMAT DATO’ SERI IDRIS JUSOH,
PENGERUSI MARA;
YANG BERBAHAGIA TAN SRI DR. KAMAL SALEH,
PENGERUSI LEMBAGA PENASIHAT KUALA LUMPUR EDUCATION CITY (KLEC);
YANG BERBAHAGIA DATO’ HALIPAH ESA,
MANTAN KETUA PENGARAH UNIT PERANCANG EKONOMI;
YANG BERBAHAGIA DATUK DR. HAMZAH KASIM,
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF DAN PENGASAS BERSEKUTU IA GROUP;
YANG BERHORMAT SENATOR DATUK AKBAR ALI,
AHLI DEWAN NEGARA,
DATO'-DATO', DIF-DIF JEMPUTAN;
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN;
PARA HADIRIN DAN HADIRAT YANG SAYA HORMATI SEKALIAN.
1. PERTAMA SEKALI SAYA INGIN MERAKAMKAN PENGHARGAAN KEPADA JAWATANKUASA PENGANJUR BAHAGIAN PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN, (BPU) MITI DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERUNDINGAN MELAYU (MPM) DI ATAS INISIATIF MENGANJURKAN BENGKEL BERTAJUK ‘TRANSFORMASI EKONOMI BUMIPUTERA YANG DIADAKAN SELAMA SATU (1) HARI PADA HARI INI. TERIMA KASIH JUGA KEPADA TOKOH-TOKOH YANG DIJEMPUT SEBAGAI PENCERAMAH, PAKAR RUJUK, FASILITATOR BENGKEL SERTA PARA PESERTA DAN HADIRIN SEKALIAN YANG TELAH MENGORBANKAN HARI MINGGU YANG KEBIASAANNYA DILUANG BERSAMA KELUARGA DAN URUSAN PERIBADI BAGI MENYERTAI BENGKEL INI.
2. BENGKEL TRANSFORMASI EKONOMI BUMIPUTERA INI DIANJURKAN OLEH KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI (MITI) SEBAGAI MEMBERI PLATFORM KEPADA MASYARAKAT USAHAWAN KHUSUSNYA USAHAWAN BUMIPUTERA UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT DAN PERKEMBANGAN TERBARU MENGENAI DASAR-DASAR KERAJAAN. DISAMPING ITU, JUGA BERPELUANG UNTUK MENYAMPAIKAN CADANGAN-CADANGAN BERNAS KEPADA PIHAK KERAJAAN BAGI PROSES PENGGUBALAN DASAR DAN PELAKSANAAN PROGRAM BERKAITAN KEUSAHAWANAN YANG BOLEH MEMBERI MANAFAAT KEPADA MASYARAKAT USAHAWAN BUMIPUTERA SELURUHNYA.
3. SELAIN ITU, BENGKEL INI JUGA BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI PLATFORM UNTUK ‘NETWORKING’ SERTA KENAL MENGENAL DENGAN NGOs YANG AKAN MEMPERJUANGKAN KEHENDAK KITA. WUJUDKANLAH SUATU JARINGAN HUBUNGAN SESAMA KITA KERANA JARINGAN ATAU ‘NETWORKING’ INI ADALAH SUATU KONSEP DAN AMALAN YANG PERLU DIBERI PERHATIAN YANG SERIUS OLEH SESIAPA YANG INGIN MENCEBURI BIDANG PERNIAGAAN. SECARA MUDAHNYA, KITA MENJUAL BARANG, KITA AKAN JUAL BARANG BERKENAAN KEPADA ORANG YANG KITA KENAL TERLEBIH DAHULU. BEGITU JUGA MEMBELI BARANG, SANGAT MUDAH SEKIRANYA KITA KENAL ORANG YANG MENJUALNYA. DALAM KONTEKS DUNIA HARI INI, KITA PERLU PERLUASKAN PERKENALAN DENGAN MENGGUNAKAN SEGALA KEMUDAHAN BARU SEPERTI FACEBOOK, TWITTER, LAMAN WEB DAN SEBAGAINYA, SUPAYA KITA DAPAT BERURUS NIAGA DENGAN RAKAN-RAKAN NIAGA DI SERATA NEGARA DAN DUNIA DENGAN MUDAH.
4. DI SAMPING ITU, BENGKEL INI SAYA DIFAHAMKAN TURUT DIHADIRI OLEH PELBAGAI PERINGKAT LAPISAN USAHAWAN, AGENSI KERAJAAN, TOKOH AKADEMIK, TOKOH-TOKOH INDUSTRI YANG BEKERJASAMA SECARA SINERGI DALAM MERANGKA PROGRAM-PROGRAM KE ARAH TRANSFORMASI BUMIPUTERA DALAM BIDANG EKONOMI, DI MANA IANYA DIHARAP BOLEH DISESUAIKAN DENGAN DASAR SEDIA ADA YANG TELAH DIGUBAL OLEH KERAJAAN. CADANGAN-CADANGAN PROGRAM YANG TELAH DICETUSKAN INI AKAN DISALURKAN KEPADA PIHAK KERAJAAN MELALUI MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI AGENDA BUMIPUTERA (MTAB) YANG DIPENGERUSIKAN OLEH YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI SENDIRI.
DASAR-DASAR PEMBAHARUAN KERAJAAN
5. PADA TAHUN INI, YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI TELAH MENGUMUM DAN MELANCARKAN BEBERAPA DASAR DAN PEMBAHARUAN SEPERTI MODEL BARU EKONOMI (MBE), PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN (GTP), BIDANG KEBERHASILAN UTAMA EKONOMI (NKEA), RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH (RMKE-10), BELANJAWAN 2011 DAN LAIN-LAIN. KESEMUA PROGRAM INI MERUPAKAN PENYOKONG KEPADA PENCAPAIAN OBJEKTIF PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN (GTP) IAITU BAGI MENJADIKAN MALAYSIA SEBAGAI NEGARA MAJU PADA TAHUN 2020.
6. MODEL BARU EKONOMI MENGGARISKAN TIGA MATLAMAT UTAMA YANG HENDAK DICAPAI IAITU:
· HIGH INCOME ATAU NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI:
SASARAN PENDAPATAN PER KAPITA ADALAH 15,000 DOLAR AMERIKA HINGGA –20,000 DOLAR AMERIKA PADA TAHUN 2020;
· INCLUSIVENESS ATAU KETERANGKUMAN:
SEMUA MASYARAKAT MENDAPAT FAEDAH DARIPADA KEKAYAAN NEGARA; DAN
· SUSTAINABILITY ATAU KEMAMPANAN:
MEMENUHI KEPERLUAN SEMASA TANPA MENJEJASKAN GENERASI AKAN DATANG.
7. RANCANGAN MALAYSIA KE-10 YANG MERUPAKAN HALA TUJU NEGARA DALAM MASA LIMA TAHUN AKAN DATANG BERMULA 2011 HINGGA 2015, TELAH MENSASARKAN PENINGKATAN PENDAPATAN NEGARA KASAR KEPADA 38,650 RINGGIT, ATAU 12,140 DOLAR AMERIKA, PADA TAHUN 2015. INI MEMERLUKAN KDNK SEBENAR BERKEMBANG PADA KADAR 6 PERATUS SETAHUN. PERTUMBUHAN AKAN DITERAJUI OLEH SEKTOR PERKHIDMATAN DAN PEMBUATAN, DI SAMPING MENGGIATKAN SEMULA SEKTOR PERTANIAN YANG BERNILAI TAMBAH TINGGI, SERTA PENYERAPAN KAEDAH ICT, BIOTEKNOLOGI SERTA PELANTAR TEKNOLOGI YANG BERKAITAN.
PELUANG-PELUANG PERNIAGAAN BARU
8. DALAM MENGGERAKKAN PERTUMBUHAN EKONOMI BAGI MENCAPAI EKONOMI BERPENDAPATAN TINGGI, KERAJAAN DALAM PROSES MELAKSANAKAN PENDEKATAN STRATEGI BERTERASKAN PENGKHUSUSAN. TUMPUAN AKAN DIBERIKAN KEPADA 12 BIDANG EKONOMI UTAMA NEGARA ATAU NKEA YANG BERPOTENSI UNTUK MENJANA PENDAPATAN TINGGI, IAITU:
· MINYAK DAN GAS;
· MINYAK SAWIT DAN PRODUK BERKAITAN;
· PERKHIDMATAN KEWANGAN;
· PEMBORONGAN DAN PERUNCITAN;
· PELANCONGAN;
· TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT);
· PERKHIDMATAN PENDIDIKAN;
· ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK;
· PERKHIDMATAN PERNIAGAAN;
· PENJAGAAN KESIHATAN SWASTA;
· PERTANIAN; DAN
· GREATER KL.
PENYERTAAN EKUITI SEKTOR KORPORAT
9. KOMUNITI PERNIAGAAN BUMIPUTERA BOLEH MEMBERI SUMBANGAN PENTING DALAM EKONOMI NEGARA MELALUI PENGLIBATAN YANG BERKESAN DALAM PENYERTAAN EKUITI SEKTOR KORPORAT. DI BAWAH GARIS PANDUAN SURUHANJAYA SEKURITI, SEBANYAK 12.5 PERATUS DARIPADA TAWARAN AWAM PERMULAAN (IPO) PERLU DIPERUNTUKKAN KEPADA BUMIPUTERA. SAHAM – SAHAM KHAS BUMIPUTERA INI AKAN DIPERUNTUKKAN DAN DIIKTIRAF OLEH MITI. BAGI TEMPOH 1996-2009, MITI TELAH MEMPERUNTUKKAN SEJUMLAH 8.7 BILION UNIT SAHAM KHAS BERNILAI LEBIH KURANG 16.2 BILION RINGGIT KEPADA PELABUR BUMIPUTERA. BERDASARKAN JUMLAH TERSEBUT, SEBANYAK 41 PERATUS TELAH DIPERUNTUKKAN KEPADA INSTITUSI AMANAH KEUTAMAAN, 10 PERATUS KEPADA SYARIKAT DAN KOPERASI BERDAFTAR DENGAN MITI DAN 49 PERATUS KEPADA PERMOHONAN TERUS.
10. DALAM ISU EKUITI BUMIPUTERA INI, KITA MASIH MENGALAMI MASALAH KEMAMPUAN UNTUK MEMEGANG SAHAM SECARA JANGKA PANJANG.INI ADALAH DISEBABKAN KEKANGAN MODAL YANG MASIH BERLAKU DI KALANGAN KITA. DISEBABKAN FAKTOR INI, KERAJAAN TELAH MENGUBAH PENDEKATAN MELALUI EKUITI DENGAN PENYERTAAN SECARA LANGSUNG BUMIPUTERA DI DALAM PERNIAGAAN DAN TIDAK HANYA MENJADI PEMEGANG SAHAM PASIF DI DALAM SYARIKAT. KERAJAAN MELALUI EKUINAS TELAH MENGORAK LANGKAH BAGI MENGGALAKKAN USAHAWAN BUMIPUTERA UNTUK TERLIBAT SECARA LANGSUNG DALAM AKTIVITI PERNIAGAAN BAGI MENGATASI ISU KELEMAHAN PEGANGAN EKUITI BUMIPUTERA DALAM SEKTOR EKUITI.
AGENDA PEMBANGUNAN BUMIPUTERA
10. KERAJAAN AKAN MELAKSANAKAN TRANSFORMASI DALAM AGENDA PEMBANGUNAN BUMIPUTERA BAGI MEWUJUDKAN PENYERTAAN SYARIKAT BUMIPUTERA YANG BERDAYA SAING DAN BERDAYA MAJU. EMPAT PRINSIP UTAMA YANG AKAN DIBERI PENEKANAN IAITU MESRA PASARAN, BERDASARKAN KEPERLUAN, MERIT DAN KETELUSAN. ASPEK MENINGKATKAN KEUPAYAAN SYARIKAT BUMIPUTERA AKAN DIBERI KEUTAMAAN DI MANA USAHA MENINGKATKAN NILAI DITAMBAH AKAN DIBERI PERHATIAN.
11. DALAM HAL INI, MITI SEBAGAI KEMENTERIAN YANG BERTANGGUNGJAWAB DALAM PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN BUMIPUTERA AKAN TERUS MELAKSANAKAN PROGRAM-PROGRAM YANG BOLEH MEMBANTU MENINGKATKAN KEUPAYAAN SYARIKAT BUMIPUTERA DI MANA MITI AKAN DIPERKENALKAN LATIHAN KEUSAHAWANAN BERSEPADU YANG MELIPUTI LATIHAN, SOKONGAN TEKNIKAL, PROMOSI DAN PEMASARAN TERMASUK PROGRAM GROOM BIG, SATU DAERAH SATU INDUSTRI SERTA KHIDMAT NASIHAT KEUSAHAWANAN. INSYA ALLAH, MITI AKAN TERUS MELAKSANAKAN PROGRAM OUTREACH SEPERTI BENGKEL PADA HARI INI DALAM MEMBERI FASILITASI KEPADA USAHAWAN BUMIPUTERA YANG MEMERLUKAN.
12. SEHUBUNGAN ITU, SAYA SANGAT BERHARAP BENGKEL YANG DIADAKAN PADA HARI INI DAPAT DIMANAFAATKAN SEPENUHNYA OLEH HADIRIN SEKALIAN DALAM MEMPERINCIKAN APAKAH LANGKAH-LANGKAH AFIRMATIF YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMPERKASA AGENDA BUMIPUTERA. SELAIN ITU, BENGKEL INI JUGA DAPAT DIMANAFAATKAN DALAM MENDAPATKAN PENJELASAN SERTA MAKLUMAT MENGENAI PELUANG-PELUANG YANG BOLEH DITEROKAI OLEH USAHAWAN BUMIPUTERA DALAM PROGRAM PEMBAHARUAN KERAJAAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI YANG TELAH DIWAR-WARKAN OLEH KERAJAAN. SAYA DIFAHAMKAN PADA PAGI TADI AHLI-AHLI PANEL DAN PAKAR EKONOMI TELAH MEMBENTANG SECARA TERPERINCI APAKAH INTIPATI DASAR-DASAR EKONOMI YANG TELAH DIRANGKA DAN UNTUK DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN. MELALUI SIRI BENGKEL YANG TELAH DIADAKAN, SAYA PERCAYA PESERTA TELAH MENGUPAS ISU-ISU DAN TELAH MEMBERIKAN PANDANGAN YANG BERNAS TENTANG HALATUJU YANG HENDAK DICAPAI OLEH BUMIPUTERA.
13. SAYA AMAT GEMBIRA DENGAN KEHADIRAN LEBIH 300 PESERTA DARI PELBAGAI ORGANISASI BUKAN KERAJAAN (NGO), AGENSI KERAJAAN SERTA USAHAWAN YANG HADIR MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM BENGKEL HARI INI. HARAPAN SAYA IALAH AGAR BENGKEL SEPERTI INI TELAH DAPAT MEMBUKA RUANG DAN PELUANG KEPADA GOLONGAN SASAR DALAM MERANCANG PELAN TINDAKAN SETERUSNYA BAGI KEMAJUAN BUMIPUTERA.
PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN
14. DI KESEMPATAN INI, SAYA MENYERU PARA USAHAWAN ATAU BAKAL USAHAWAN YANG ADA PADA HARI INI SUPAYA MEREBUT PELUANG YANG PERSEKITARAN PEMANGKINNYA TELAH DISEDIAKAN OLEH KERAJAAN, INI BUKAN SAHAJA SETAKAT MENGAMBIL BAHAGIAN ATAU MELIBATKAN DIRI DALAM MENGGERAKKAN EKONOMI, BAHKAN BERUPAYA MEMILIKI, SETERUSNYA MENGAWAL DAN MENGUASAI RANTAIAN NILAI DALAM BIDANG-BIDANG PERNIAGAAN BARU INI. KITA SEDIA MAKLUM BAHAWA PERNIAGAAN BUMIPUTERA TERLALU BERGANTUNG KEPADA PENYUMBERAN LAIN DAN HAMPIR TIDAK ADA BIDANG DI MANA RANTAIAN NILAINYA DIKUASAI SEPENUHNYA OLEH BUMIPUTERA.
15. DI SINILAH PERANAN NGOs, DEWAN-DEWAN PERNIAGAAN DAN PERSATUAN-PERSATUAN SERTA KOPERASI AMAT RELEVAN DAN PENTING DALAM MENYEDIAKAN RANGKAIAN ATAU RUMPUN PENIAGA YANG PADA AWALNYA DAPAT MEMILIKI SYARIKAT-SYARIKAT PERNIAGAAN YANG BERSAIZ BESAR DAN SETERUSNYA DAPAT MENGUASAI RANTAIAN NILAI. SEHARUSNYA PERSATUAN-PERSATUAN DAN DEWAN-DEWAN PERNIAGAAN DI NEGARA INI DAPAT BERINTERAKSI DAN MEMBENTUK SATU RANGKAIAN PERNIAGAAN SESAMA SENDIRI YANG SETERUSNYA MEMBERI MANFAAT KEPADA PARA AHLI. SESUNGGUHNYA INI MERUPAKAN SUMBANGAN YANG SANGAT BESAR YANG DAPAT DIBERIKAN BUKAN HANYA KEPADA AHLI-AHLI YANG AKTIF MENYERTAI PERSATUAN BAHKAN JUGA KEPADA KERAJAAN KERANA DAPAT MELONJAKKAN EKONOMI KE PERINGKAT YANG DIHARAPKAN.
16. SEBAGAI PENGAKHIR KATA, SAYA SEKALI LAGI MENGUCAPKAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA PARA TOKOH YANG MEMBENTANG KERTAS KERJA SERTA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG BAGI MENJAYAKAN BENGKEL INI.
17. DENGAN PENUH SUKACITA, DAN LAFAZ BISMILLLAHIRRAHMANIRRAHIM SAYA, DENGAN INI MERASMIKAN BENGKEL TRANSFORMASI EKONOMI BUMIPUTERA.
SEKIAN, TERIMA KASIH DAN SELAMAT MAJU JAYA.
No comments:
Post a Comment