Wednesday, January 11, 2012

SEMPENA MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PERSEKITARAN BERKUALITI (5S)

http://www.mukhriz.com/speech.aspx


SEMPENA MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PERSEKITARAN BERKUALITI (5S)

YB DATO’ MUKHRIZ MAHATHIR
TIMBALAN MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

SEMPENA MAJLIS PENYAMPAIAN
SIJIL PERSEKITARAN BERKUALITI (5S)


22 DISEMBER 2011 (KHAMIS)

KULIM TECHNOLOGY PARK CORPORATION SDN. BHD.


ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM 1MALAYSIA.

YANG BERUSAHA TUAN HAJI MOHAMAD SOBRI BIN OSMAN,
PRESIDEN KULIM TECHNOLOGY PARK CORPORATION SDN. BHD;

YANG BERBAHAGIA DATO’ MOHD RAZALI HUSSAIN,
KETUA PENGARAH PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA;

WAKIL-WAKIL INDUSTRI, KETUA-KETUA ORGANISASI,

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI SEKALIAN.

1. TERLEBIH DAHULU SAYA INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA (MPC) KERANA TELAH MENJEMPUT SAYA KE MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI ATAU ‘QE’ UNTUK KULIM TECHNOLOGY PARK CORPORATION SDN. BHD. DAN 3 BUAH ANAK SYARIKATNYA IAITU KULIM GOLF & COUNTRY RESORT SDN BHD, KULIM TECHNOLOGY MANAGEMENT SDN BHD DAN KULIM BIO RESOURCE CORP SDN BHD.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN,

2. DALAM DUNIA PERNIAGAAN YANG SANGAT KOMPETITIF PADA MASA KINI, ORGANISASI SWASTA KHASNYA TERPAKSA BERLUMBA-LUMBA UNTUK MENINGKATKAN KUALITI DAN TAHAP KEPUASAN PELANGGAN SERTA MENGURANGKAN KOS OPERASI. SALAH SATU USAHA PENAMBAHBAIKAN YANG TELAH DIAPLIKASIKAN DI BANYAK NEGARA-NEGARA MAJU ADALAH MELALUI AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI ATAUPUN LEBIH DIKENALI SEBAGAI 5S.

3. AMALAN ‘QE’ YANG UMUMNYA BERASAL DARI NEGARA JEPUN TELAH DIPOPULARKAN OLEH HIROYUKI HIRANO PADA SEKITAR 1980AN. PADA PERINGKAT AWAL IANYA DIPERKENALKAN UNTUK SEKTOR PEMBUATAN. ‘QE’ PADA HARI INI TELAH DIAMALKAN OLEH LEBIH DARIPADA 50 BUAH NEGARA DI SERATA DUNIA.

4. ORGANISASI–ORGANISASI GERGASI DUNIA SEPERTI TOYOTA, IKEA DAN GENERAL MOTOR TELAH LAMA MELAKSANAKAN AMALAN QE INI DAN IANYA TERBUKTI MEMBERIKAN KESAN YANG SUNGGUH MEMBERANGSANGKAN. SELAIN DARIPADA MEMBERI MANFAAT DALAM MENGURANGKAN KOS OPERASI ORGANISASI, AMALAN ‘QE’ JUGA TERBUKTI DAPAT MENGURANGKAN PEMBAZIRAN DAN MEMBANTU AKTIVITI LESTARI HIJAU (GREEN SUSTAINABILITY) DAN AKTIVITI 3R (REDUCE, RECYCLE AND REUSE OF THE ENVIRONMENT). PENDEKATAN INI ADALAH SELARAS DENGAN LANGKAH KERAJAAN UNTUK MEWUJUDKAN PERSEKITARAN HIJAU DAN MENGGALAKKAN INISIATIF TEKNOLOGI HIJAU.

5. AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI INI JUGA SERINGKALI DIKAITKAN DENGAN KECEKAPAN DAN PELAKSANAAN KERJA YANG LEBIH BAIK, MUDAH DAN CEKAP. AMALAN QE JUGA DAPAT MENINGKATKAN DAYA KREATIVITI DAN INOVASI PARA PEKERJA UNTUK PENINGKATAN KUALITI KERJA DAN PENAMBAHBAIKAN PRODUK YANG DIHASILKAN. MELALUI PENDEKATAN QE SECARA TIDAK LANGSUNG BOLEH MENINGKATKAN DAYA SAING SYARIKAT. DI SAMPING ITU, IA JUGA DAPAT MEMUPUK SEMANGAT KERJA BERPASUKAN YANG TINGGI SERTA MENINGKATKAN MORAL PEKERJA.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN,

6. MENURUT LAPORAN GLOBAL COMPETITIVENESS 2011-2012 (GCR) OLEH WORLD ECONOMIC FORUM (WEF), MALAYSIA BERADA DI KEDUDUKAN YANG KE-21 BERBANDING DENGAN TAHUN 2010, DIMANA MALAYSIA BERADA DI KEDUDUKAN YANG KE-26. WALAUPUN TERDAPAT PENINGKATAN DARI SEGI PRESTASI NAMUN SAYA KIRA MASIH BANYAK LAGI USAHA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MEMBOLEHKAN KITA BERADA DI TANGGA 10 TERATAS. PENCETUSAN IDEA MELALUI INOVASI UNTUK MEMBERI NILAI TAMBAH PRODUK, PROSES DAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI YANG TERKINI PERLU DIGIATKAN LAGI. BEGITU JUGA DENGAN KAEDAH KITA BERURUSAN DENGAN PELANGGAN LUAR TERUTAMANYA PELABUR PERLU DIBERIKAN FOKUS UTAMA. INI MEMANDANGKAN MALAYSIA MEMPUNYAI PRASARANA YANG CUKUP BAIK SEPERTI YANG TERDAPAT DI KULIM TECHNOLOGY PARK INI.

7. BAGI MEMASTIKAN PELAKSANAAN AMALAN ‘QE’ INI DIBERIKAN TUMPUAN DAN MEMASTIKANNYA DIJALANKAN BERTERUSAN, PELBAGAI PROGRAM PENGIKTIRAFAN DIPERKENALKAN, CONTOHNYA DALAM BENTUK PEMBERIAN SIJIL DAN ANUGERAH. MPC JUGA ADA MENGANJURKAN KONVENSYEN ‘QE’ UNTUK MEWAR-WARKAN AMALAN TERBAIK DI KALANGAN ORGANISASI PELAKSANA ‘QE’. PEMBERIAN ANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN JUGA TURUT DIBERIKAN BAGI SYARIKAT PENGAMAL ‘QE’ DI LUAR NEGARA SEPERTI DI JEPUN. CONTOHNYA, JAPAN INSTITUTE OF PLANT MAINTENANCE MEMPERKENALKAN TOTAL PREVENTIVE MAINTAINTENANCE (TPM) EXCELLENT AWARD. PENGIKTIRAFAN YANG SAMA JUGA TURUT DIBERIKAN DI NEGARA-NEGARA SEPERTI KOREA SELATAN, UNITED KINGDOM, THAILAND, PERANCIS DAN SINGAPURA. DI MALAYSIA, KITA MEMPERKENALKAN PERSIJILAN ‘QE’ DI SAMPING MENGANJURKAN KONVENSYEN ‘QE’ PERINGKAT WILAYAH DAN KEBANGSAAN.

8. SAYA DIMAKLUMKAN SEHINGGA NOVEMBER PADA TAHUN 2011, MPC TELAH MEMPERSIJILKAN SEBANYAK 532 ORGANISASI YANG MELAKSANAKAN AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI, DI MANA SEBANYAK 313 MEWAKILI SEKTOR KERAJAAN MANAKALA 158 DARI SWASTA DI MANA SEBANYAK 61 SYARIKAT ADALAH DARI PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS). JUMLAH PENYERTAAN DARI SEKTOR KERAJAAN TELAH BERTAMBAH MEMANDANGKAN QE TELAH MENJADI SALAH SATU DARI KEPERLUAN YANG DIGUNAKAN UNTUK PENILAIAN ‘STAR RATING’ OLEH PIHAK MAMPU. INI MENUNJUKKAN BAHAWA QE INI BOLEH DIAPLIKASIKAN DIMANA SAHAJA BUKAN HANYA TERTUMPU DI SEKTOR PEMBUATAN MALAHAN UNTUK SEKTOR PERKHIDMATAN. SAYA MENYERU SUPAYA LEBIH BANYAK PKS UNTUK MENGAMALKAN QE YANG MANA SELARAS DENGAN INISIATIF MPC UNTUK MENGGALAKKAN LEBIH BANYAK SYARIKAT TERLIBAT DALAM AMALAN ‘QE’ MELALUI ‘ENTERPRISE INNOVATION INTERVENTION PROGRAMME (EIIP)’ ANJURAN MPC.

9. UNTUK MEMASTIKAN KESINAMBUNGAN PROGRAM ‘QE’ INI, MPC SETERUSNYA AKAN MEMPERKENALKAN PROGRAM ‘LEAN QE’ YANG MENEKANKAN KEPADA PELAKSANAAN PENGUKURAN DAN PRODUKTIVITI MENYELURUH BAGI MENENTUKAN IMPAK KEPADA PELANGGAN ADALAH LEBIH TINGGI.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN,

10. AKHIR KATA, SAYA INGIN MENGUCAPKAN SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA KULIM TECHNOLOGY PARK CORPORATION SDN. BHD. DAN KESEMUA 3 ANAK SYARIKATNYA YANG TELAH BERJAYA MENDAPAT PENSIJILAN ‘QE’. SEMOGA USAHA PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN DALAM BIDANG KUALITI, PRODUKTIVITI DAN JUGA ELEMEN LESTARI (SUSTAINABILITY) SEPERTI ‘CORPORATE GOVERNANCE AND RESPONSIBILITY’ AKAN DITERUSKAN UNTUK MENJADIKAN SEMUA ANAK SYARIKAT DI BAWAH KULIM TECHNOLOGY PARK LEBIH KOMPETITIF DAN BERDAYA SAING DI MASA HADAPAN. ADALAH MENJADI HARAPAN SAYA JUGA AGAR AMALAN ‘QE’ INI DAPAT DILAKSANAKAN OLEH SEMUA ORGANISASI DI KAWASAN PERINDUSTRIAN KULIM DAN KEDAH AMNYA. MEMETIK KATA-KATA ARISTOTLE, ‘QUALITY IS NOT AN ACT, IT’S A HABIT’. SYABAS SEKALI LAGI DAN SEKIAN, TERIMA KASIH.

No comments: