Friday, November 7, 2008

Debat

26hb Oktober 2008

Pemilihan UMNO adalah soal keluarga dimana kita tak seharusnya berbincang mengenainya untuk tontonan umum, lebih -lebih lagi untuk tatapan pembangkang. Perjuangan UMNO ialah sesuatu yang tersirat dan ianya tak perlu dibahas-bahaskan secara terbuka dan disensasikan.Kita menggunakan pemilihan ini untuk memperkukuhkan parti, dan perlu elak dari membuat sebarang perkara yang mampu melemahkan parti tatkala kita dalam keadaan yang agak tidak kuat berbanding dulu. Dengan pencalonan yang sedang dilaksanakan dan pengundian yang bakal dijalankan, terbukti perwakilan dah kenal calon-calon dengan rapat dan matang untuk buat pilihan.

Ikhlas,

Mukhriz Mahathir

4 comments:

azlishukri said...

betul tu Datuk..saya setuju.

UMNO Cawangan Bukit Ampang said...

Tepat sekali pandangan Dato' kerana perkara ini seharusnya tidak boleh diwar-warkan kerana ia akan memberi kesan dan memberi isu-isu kepada pembangkang demi memburukkan lagi imej parti..

-pemuda Cwgn Bkt Ampang

Anonymous said...

Salam Datuk,

Saya menunggu-nunggu menantikan ada orang yang berani mengatakan: an Ace is an Ace, sepertimana Datuk melakukannya.

Memang punca sebenarnya kecamukan pemikiran dan perpaduan rapuh yang berlaku di negara ini ialah kerana tidak wujudnya keseragaman sistem pendidikannya.

Semuanya gara-gara cuba mempertahankan budaya dan adat resam masing-masing dan tidak ingin berpijak di bumi di mana langit dijunjung.

Di manakah di dalam dunia ini yang mempunyai sistem pendidikan yang tidak mengikut arus perjalanan sistem pendidikan negaranya dan memberikan kelonggaran kepada rakyatnya memilih?

Kalau adapun mereka hendaklah melakukannya tanpa mendapat bantuan pemerintah, dan mesti ikut arus sistem perdana pendidikan yang digariskan negara itu.

Justru itu saya sering menyarankan supaya sesuatu isu atau masalah itu dicari puncanya untuk merongkainya.

Kini nampaknya ramai yang cuba menyelesaikan masalah dengan menyentuh sintom atau akibat-akibatnya. Seperti cuba merongkai masalah lautan daripada ombaknya.

Maka itu (setelah merdeka lebih setengah abad) wajar dan sudah tibalah masanya bahawa mereka yang menyatakan dan menganggap dirinya rakyat Malaysia, menerima hakikat bahawa perpaduan dan rasa cintakan negara hanya akan hidup subur sekiranya rakyatnya menerima pendidikan seragam acuan negara.

Maka itu jugalah, saya menyokong sepenuhnya akan seruan Datuk ke arah itu, walaupun saya pernah juga menyarankan perkara yang sama sebelum ini di laman web ProWaris dan beberapa laman yang lain.

Malah saya pernah menyarankan lebih daripada itu, iaitu bahawa penerapan nilai-nilai keMalaysiaan dan cintakan negara dimulakan di peringkat tadika lagi.

Pernah saya usulkan perkara ini di Mesyuarat Bahagian di suatu ketika, tetapi telah dianggap sepi dan diketepikan oleh mereka yang berkenaan, mungkin kerana angkuh dan/atau kepentingan pribadi dan kumpulan dirasakan lebih utama daripada kepentingan masa depan bangsa, agama dan negara.

Mengikut pendapat pakar psiologi bahawa minda kanak-kanak, khususnya yang berumur antara 3 hingga 6 tahun, lebih mudah dibentuk untuk dipupuk dengan bibit-bibit murni dan patriotrisme di waktu itu.

Minda mereka bersih dan mudah merasapi segala input yang boleh dihayati mereka selama hidupnya.

Inilah yang telah dilakukan oleh orang Yahudi dengan Kibutsnya yang telah menanam fahaman Zionismenya. Ia juga dilakukan negara-negara lain seperti Jarman (Nazism); Jepun (Boshism); China (Confucianism/Komunism), Singapura (PAPism? sehinggakan ada sesetengah Melayu di sana nampaknya lebih keChinaan daripada China di sana) dan lain-lain.

Sistem pendidikan tadika negara yang ada sekarang melahirkan manusia yang berkecelaruan mindanya. Terlalu banyak imput "ism"nya.

Saya telah menyarankan supaya sistem tadika negara diperbaiki. Untuk melakukannya ia perlu di selaras dan diseragamkan dari segi karikulum, peralatan pengajaran, bahan pembacaan, latihan guru, dan sebagainya.

Karikulumnya hendaklah berteraskan isian-isian dan bibit-bibit yang berunsurkan kepada cintakan negara.

Ini termasuklah perkara-perkara seperti perlembagaan, sejarah, prinsip-prinsip rukun negara, hal-hal yang melibatkan perkara-perkara sensitif, kedudukan sultan dan raja-raja dan sebagainya; supaya ia meresap di benak kanak-kanak ini.

Saya diberitahu, di Indonesia umpamanya, kanak-kanak seawal sekolah rendah telah diterapkan dengan prinsip-prinsip undang-undang dasar (Perlembagaan)mereka. Maka itu mereka sedar akan tanggungjawab mereka sebagai warga negara dan rakyat negara itu.

Berakar umbinya input-imput seperti ini akan memungkinkan lebih mudahnya rakyat menyertai sekolah-sekolah arus perdana kelak. Insya Allah.

Malah baru-baru ini telah juga disarankan bahawa semua bakal MP perlu didedahkan kepada unsur-unsur cintakan negara ini, bermula dengan memahami Perlembagaan Negara,dan sebagainya, sebelum boleh bertanding di dalam pilihanraya di masa-masa akan datang.

Memahami dan menghayati semangat yang terkandung di dalam Perlembagaan, Rukun Negara, Perkara-perkara yang sensitif kepada semua rakyat negara, adalah penting bagi menjamin keharmonian hidup di dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia ini.

Rakyat hendaklah juga dipupuk dengan nilai-nilai bersama, murni dan positif dari semua kaum untuk diamalkan.

Nyata bahawa nilai-nilai yang berlainan dan bertentangan dengan cara hidup rakyat majmuk yang dipupuk dan ditanamkan oleh sesetengah kalangan rakyat negara ini, (khususnya melalui tadika mereka) telah "slowly but surely" merenggangkan jalinan hidup bermasyarakat kita.

Lambat laun perpecahan akan dan tetap berlaku, sekiranya ia tidak ditangani segera dengan berkesan.

Salam hormat dari,

Pak Mansoor/Uncle M (ProWaris)

Anonymous said...

saya harap datuk berani memberikan pendapat agar sekolar vernakular dihapuskan di Malaysia.Sudah terang lagi bersuluh usaha ini dapat menguatkan lagi ikatan perpaduan di negara kita.Sebagai menjawab alasan yang pernah diutarakan oleh sesetengah pihak yang mengatakan bahasa ibunda mereka akan terhakis,saya rasa kerajaan haruslah memberi insiatif baru dengan mewujudkan mata pelajaran tamil dan cina di semua jenis sekolah.Justeru,hal ini dapat memberi peluang kepada sesiapa yang ingin mempelajari bahasa tamil dan cina.

sekian,terima kasih.