Friday, September 26, 2008

Tuntutan Akarumbi UMNO Agar Perhimpunan Agong UMNO Dikekalkan Dan Dijalankan Sebagaimana Dijadualkan Pada Disember 2008

Pak Lah wajib bertanggungjawab penuh memimpin UMNO ke
kancah kehancuran Pilihanraya Umum ke 12 yang menyaksikan tumbangnya lima
negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan ke tangan parti pembangkang. Kita juga
menyaksikan Barisan Nasional kehilangan 2/3 majoritinya di Parlimen selain
gagal sama sekali untuk meraih undi popular keseluruhan di serata Negara.
Keputusan Pilihanraya Umum yang mengaibkan ini adalah bukti jelas kegagalan Pak
Lah melunaskan tanggungjawab serta amanahnya kepada ahli-ahli UMNO dan Barisan
Nasional. Ini melucutkan semua legitimasi politik serta sebarang pengaruh moral yang masih ada untuk Pak Lah terus memimpin UMNO dan Barisan Nasional.


Tidak cukup dengan itu, keputusan untuk menangguhkan Perhimpunan Agong UMNO yang dijadualkan pada Disember tahun ini ke bulan Mac tahun hadapan membuktikan lagi kenyataan bahawa Pak Lah hanya hendak mengekalkan kuasa politiknya tanpa mengambil peduli tanggungjawab serta amanah yang tersandar pada jawatan Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional dan Perdana Menteri Malaysia.

Justeru, nyatalah bahawa Pak Lah sudah tidak layak menjadi pemimpin yang dijulang. Malah dengan itu juga, kita sudah tidak lagi tertakluk kepada arahan-arahannya yang berunsurkan kepentingan peribadi. Pak Lah juga tidak berhak mengarah atau melarang kita daripada menunaikan hak sebagai ahli UMNO kerana hak-hak tersebut adalah milik ahli dan rakyat jelata.

Percayalah, selagi kita tetap setia dan luhur kepada idealisma,perlembagaan dan peraturan UMNO yang telah dibina dengan keringat pejuang-pejuang yang terdahulu, kita sentiasa berada di pihak yang benar dan tidak boleh dipersalahkan sekiranya kita melaksanakan hak sebagaimana dijamin oleh perlembagaan parti untuk memilih pemimpin-pemimpin menjelang pemilihan pada bulan Disember kelak.

Kita sebagai pembela UMNO yang sebenar, mestilah memperkasakan hak sebagai ahli dan kebebasan memilih untuk menabalkan pemimpin-pemimpin yang kita mahukan dan layak memegang jawatan-jawatan tertinggi parti. Biar petir menyambar, biar guruh berdentum, tidak ada sesiapapun yang boleh menghalang kita daripada menunaikan tanggungjawab serta kewajipan suci ini demi kelangsungan parti, masa depan anak bangsa dan keluhuran tanahair yang tercinta ini.

Justeru, kita menolak sekeras-kerasnya keputusan untuk menangguhkan Perhimpunan Agong UMNO ke bulan Mac 2009. Keputusan yang cetek ini adalah satu cubaan bagi menafikan hak ahli UMNO di peringkat akarumbi untuk menyuarakan kehendak mereka. Ia nyata sebuah keputusan yang mementingkan diri semata-mata bertujuan melindungi kepentingan sebilangan individu yang sedang menguasai parti yang dicintai ini.

Maka dengan ini, kita mendesak, demi kepentingan parti dan mengiktirafi kehendak pejuang-pejuang UMNO yang tidak diendah ini, agar Perhimpunan Agong UMNO tetap dijalankan sebagaimana dijadualkan pada bulan Disember 2008!

Hidup UMNO!
Berani Berubah!

Mukhriz Mahathir


A Demand by UMNO Grassroots Members to Retain the Annual General Assembly as Previously Scheduled for December 2008


Pak Lah is responsible for leading us into the disastrous 12th general elections which resulted in the lost of five states and the Federal Territory to the opposition coalition. Barisan Nasional lost its longstanding two-thirds majority and the overall popular vote nationally. The poor electoral outcome shows how he has failed miserably in discharging his duties and responsibility to UMNO members and the Barisan Nasional. Since then, Pak Lah has lost any political legitimacy and the moral authority to lead UMNO and Barisan Nasional.

Furthermore, the postponement of the UMNO General Assembly demonstrates the fact that Pak Lah only seeks to preserve his political power but without wanting or being able to live up to the responsibilities and sacred duties that come with it. As such, he has long ceased to be our rightful leader and we therefore need not follow his self-preserving "instructions". Pak Lah cannot tell us what to do or what not to do in exercising our rights as party members in the UMNO that truly belongs to the ordinary members and the Rakyat. So in this UMNO elections, for as long as we remain true to our party that was built by our founding fathers and adhere to the ideals, constitution and rules of UMNO-we are morally upright and cannot be accused of any wrongdoing in exercising our constitutional rights in choosing our leaders in a just and timely fashion in December of 2008.

We, the true defenders of UMNO must exercise our prerogative and constitutional right to elect whomever we so desire or see fit to the top posts of our party. Nothing in God's earth can stop us from performing our sacred responsibility and duty for the sake of the survival of our party, the future of our children and the integrity of our proud nation. We vehemently reject the ill-advised decision to postpone the Annual General Assembly to March 2009. This decision is a blatant attempt to deny the grassroots members of UMNO their voice and aspirations to be heard and reflected in the ballot box solely in order to preserve those in control of our beloved party.

We therefore demand that in the best interest of the party and in recognition of the wishes of UMNO's brave but ignored grassroots members- the said Annual General Assembly be held as scheduled for December 2008!

Hidup UMNO!
Berani Berubah!

Mukhriz Mahathir

3 comments:

panther said...

assalamualaikum,
saya setuju benar dengan apa yang diperkatakan, janagan biarkan pak lah dan khairi menggunakan kuasa sewenang-wenangnya, harap dato' terus berjuang dan bawa perubahan dalam pemuda... berani berubah!!!!
- amir7173

Nizar said...

Salam Dato,

saya mohd nizar dari kajang,menyokong penuh kepimpinan dato sebagai calon Ketua Pemuda!salam perjuangan,

Berani Berubah!

noor faiza said...

Saya Noor Faiza Mohd Hashim dari KL menyokong penuh usul bakal Ketua Pemuda UMNO Malaysia, D. Mukhriz untuk mengembalikan tarikh asal PAU pada Disember ini.

Semoga dengan ini, politik wang dapat dibendung dan pemimpin parti yang sedang dilantik ahli akan fokus kepada kerja masing-masing selepas Disember ini.